Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tempoh hari ada menerangkan cara untuk kita menguruskan pemasaran blog di media sosial dengan berkesan. Boleh baca artikel bagaimana menguruskan pemasaran di media sosial untuk info lanjut.
Selain mempromosikan blog kita di media sosial, teknik lain yang memberi impak yang bagus adalah dengan membuat aktiviti blogwalking. Blogwalking ini adalah terma untuk aktiviti melawat antara satu blog ke blog yang lain dan meninggalkan jejak dalam bentuk komen.
Bagaimana melakukan aktiviti blogwalking dengan berkesan
Antara ciri-ciri blog yang baik untuk kita tinggalkan komen dan ulang hadir adalah seperti berikut
- cari blog yang berkait rapat dengan topik penulisan kita, atau kelompok pembaca blog tersebut sesuai untuk kita tarik ke blog kita
- cari blog yang membenarkan ruangan komen dimasukkan nama, email dan URL kita.
- cari blog WordPress yang mempunyai fungsi commentluv. Ini akan membolehkan kita mempromosikan artikel terkini daripada blog kita di ruangan komen mereka
- cari blog yang masih aktif dan konsisten menerbitkan artikel-artikel baru dalam ruang waktu yang tidak terlalu lama.
Proses melakukan blogwalking ini semudah bermula dengan sebuah blog, kemudian kita melihat ruangan komen untuk melihat blog-blog lain yang berkaitan.
Daripada 1 buah blog, kita akan dapat mengembangkan jaringan blog yang kita lawati dari masa ke semasa.
Tetapkan jumlah blog yang kita ingin lawati setiap hari
Pada permulaan melakukan aktiviti blogwalking, kita tetapkan jumlah blog yang kita ingin layari setiap hari. Cadangan awal, lawati 5-7 blog sahaja setiap hari dan lakukannya selama sekurang-kurangnya 2 minggu.
Apabila kita telah melakukan aktiviti ini selama 2 minggu, kita akan mempunyai sekitar 70-98 blog baru yang kita tidak pernah lawati. Kemudian buat senarai semua blog ini untuk diklasifikan mengikut ciri-ciri yang kita tetapkan di atas.
Blog yang perlu dilawati semula, kita lawat semula selagi ianya memenuhi syarat yang kita tetapkan. Blog-blog yang memang telah terkeluar daripada ciri-ciri yang kita mahukan, bolehlah dibuang daripada list.
Kemudian ulang buat aktiviti ini untuk minggu ke-3, minggu ke-4 dan seterusnya.
Apabila kita telah mempunyai 100-200 blog tetap untuk dilayari, ketika itu ianya akan menjadi sumber trafik yang bagus untuk laman kita.
Jika ada apa-apa soalan, boleh ajukan di ruangan komen.
Artikel Menarik Untuk Anda:
tiada artikel berkaitan
Reader Interactions