Menyelesaikan masalah kehidupan sebagai cetusan idea

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita ingin menjana idea untuk penulisan, masalah kehidupan boleh dijadikan antara perkara yang kita boleh fokus. Masalah-masalah ini akan menyebabkan kita lebih mudah untuk menggarap penulisan yang baru.

Dalam masa yang sama, masalah-masalah kehidupan ini akan dicari oleh ramai individu setiap hari. Lebih 90% carian di internet ini dibuat menggunakan Google. Apabila kita telah membuat langkah-langkah memikat Google, kita akan lebih mudah berada di halaman pertama carian.

Pengguna-pengguna ini akan menemui penyelesaian yang telah kita terbitkan disebabkan ianya berkaitan masalah yang mereka hadapi.

pencarian masalah berkaitan kehidupan seharian

Ceritakan satu penyelesaian setiap ketika

Kita tidak perlu untuk tulis banyak penyelesaian untuk satu-satu masalah. Ada banyak ketika, cukup sekadar kita menulis satu penyelesaian dengan penerangan yang lengkap agar difahami oleh semua yang membaca artikel yang kita kongsikan itu.

Penerangan satu penyelesaian dengan lengkap lebih baik berbanding menulis 10 penyelesaian tetapi sekadar secara asas atau sekadarnya. Kita tidak mahu sekadar melepaskan batuk di tangga.

Artikel-artikel ini akan membina perhubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang disebabkan penyelesaian masalah yang kita ceritakan. Tambah hebat, apabila penyelesaian itu mudah untuk dilakukan dan memberikan kesan yang diinginkan.

mencari penyelesaian atau menulis cadangan

Semakin banyak masalah diceritakan, semakin tinggi kebarangkalian kita ditemui

Kita hanya ingin perbanyakkan penceritaan mengenai pelbagai masalah kehidupan yang dihadapi. Penceritaan ini boleh melibatkan fakta sebenar atau pengalaman melaluinya sendiri dalam perjalanan hidup sehari-hari.

Ada ketika, penulisan mengenai masalah ini untuk kita dapatkan pendapat daripada pembaca atau pelawat yang singgah dalam blog kita.

Ini akan memberi peluang untuk kelompok pembaca memberikan komen atau cadangan yang bersesuaian dengan apa yang kita ingin capai. Pembaca lain akan menjadikan komen-komen ini sebagai rujukan untuk mereka pula.

Kita akan dapat membina engagement dan dalam masa yang sama tetap menjadi sumber rujukan yang tepat di mata pembaca dan Google.

jerat dan perangkap di lautan digital

Setiap artikel adalah jerat-jerat di lautan digital

Semakin banyak artikel kita yang tersenarai dalam enjin carian, semakin banyak jerat yang telah kita bina. Jerat-jerat ini akan memerangkap trafik-trafik carian spesifik yang berkaitan dengan masalah yang telah diceritakan.

Disebabkan perkara ini, kita ingin menulis artikel yang menerangkan penyelesaian masalah itu dengan lengkap agar trafik yang terjerat akan melekat lebih lama dalam blog atau laman sesawang yang kita binakan.

Selamat memasang lebih banyak jerat di lautan digital ini.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge