Usah berlaku kejam dengan idea anda sendiri

Seringkali ada sahaja yang menjadikan tiada idea untuk menulis sebagai alasan untuk mereka tidak menulis. Tapi sebenarnya bukan sebab tak ada idea, kita yang terlalu cerewet dan tidak mahu menulis idea yang begitu banyak dalam kepala kita.

Anggap beginilah, andai kita perlu duduk dengan rakan baik kita, di tepi pantai, sambil menimati air kepala muda dan deruan ombak membadai pantai. Ketika itu, logik tak kalau kita tiba-tiba diam membisu seribu kata.

Hanya memerhati antara satu sama lain tanpa bertukar bicara. Hampir tidak logik ianya akan berlaku sedemikian, kita akan boleh duduk di situ mungkin seharian kalau tak semalaman sambil bertukar pelbagai cerita kehidupan dan pengalaman.

menjana idea dengan mudah dalam penulisan artikel

Dari pengalaman dari zaman sekolah, zaman bercinta, zaman bujang, zaman dah kahwin dan pelbagai lagi. Topiknya akan silih berganti tanpa pula kita rasa jemu. Begitulah situasi apabila kita tidak terlalu memilih dengan idea apa yang ingin kita tuturkan atau tuliskan.

Bayangkan situasi yang sama boleh kita lakukan apabila ingin menulis dalam blog. Usah pedulikan apa yang orang lain kata, mereka hanya pandai berkata-kata tanpa melakukannya. Hanya si pelaku sahaja yang akan memahami apa yang berlaku dan akan berlaku.

Anda menulis untuk rakan baik anda, untuk bekas kekasih anda, untuk isteri anda, untuk suami anda, untuk mak, untuk ayah untuk sesiapa sahaja yang terlintas di fikiran. Usah fikir terlalu jauh, kerana penulisan itu tetap akan menyentuh hati-hati orang lain yang turut sama membacanya.

Apa yang lebih penting adalah untuk kita mula menulis dan menerbitkannya. Tiada idea itu hanyalah alasan untuk kita tak mahu buat!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge