Perlu atau tidak mengemaskini artikel lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita telah menerbitkan sejumlah artikel, ada ketika kita ingin mengemaskini artikel yang telah diterbitkan sekian ketika. Namun begitu, adakah ianya penting untuk mengemaskini artikel-artikel ini?

Kebiasaannya, sekiranya artikel itu tidak kritikal, kita boleh sahaja abaikan artikel yang lama itu dan kemudian kita menerbitkan artikel baharu bercerita topik yang sama dengan olahan yang telah dikemaskini.

keperluan mengemaskini artikel lama

Namun begitu, ada ketika kita perlu mengemaskini artikel yang lama, ini terutama benar untuk artikel-artikel yang kita telah rancang susun aturnya. Artikel ini perlu dikemaskini bukan untuk kemaskini info, tetapi lebih kepada pengurusan capaian dan URL dalam blog kita.

Selain itu, artikel-artikel yang mendapat tarikan trafik organik yang banyak juga perlu dikemaskini untuk memberikan info yang terkini dan tepat. Ini penting untuk mengelakkan daripada pembaca datang dan pergi begitu sahaja hanya kerana info yang kita kongsikan itu mungkin telah berubah dan tidak lagi boleh digunakan untuk rujukan.

Perkara-perkara ini hanya boleh kita uruskan sekiranya kita mempunyai data yang mencukupi daripada trafik yang hadir dalam laman sesawang atau blog yang kita uruskan.

hanya kemaskini artikel yang memberi impak positif

Satu lagi perkara penting adalah untuk tidak mengubah tarikh artikel kita diterbitkan, tetapi kita masukkan tarikh ianya dikemaskini. Ini ada cara penggunaan schema yang tepat untuk membolehkan robot-robot membacanya dengan tepat. Selain itu, ianya juga akan membantu pembaca mengenalpasti sesuatu info yang telah dikemaskini mengikut kesesuaian.

Semakin tepat artikel kita untuk bacaan pembaca, semakin mudah untuk kita membina perhubungan dengan mereka. Perhubungan yang baik bersama pembaca akan memberikan impak jangka masa panjang yang luar biasa.

Andai selepas ini anda terfikir untuk mengemaskini artikel lama, fikir semula, adakah berbaloi masa dan tenaga yang digunakan untuk membuat kemaskini tersebut. Jika tidak, abaikan artikel lama itu dan tulis sahaja artikel baru dengan olahan yang lebih baik dan info yang telah dikemaskini.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge