Pengurusan hosting dan domain untuk kelangsungan jangka masa panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sebelum ini kita berbincang mengenai kaedah untuk mengenalpasti status laman kita, kemudian sebelum itu ada beberapa perkara melibatkan selenggara dan pengurusan laman WordPress. Semua ini adalah perkara kecil yang perlu digabungkan untuk memperolehi laman WordPress yang berprestasi tinggi.

Kali ini ingin sambung cerita mengenai pengurusan hosting dan domain untuk jangka masa panjang. Kebiasaannya empunya laman akan mendaftarkan domain untuk tempoh setahun sahaja. Ini adalah perkara yang ramai lakukan kerana pelbagai faktor. Antaranya tidak yakin akan bertahan lama, ingin berjimat cermat dan pelbagai lagi.

pengurusan domain untuk jangka masa panjang

Namun begitu, ada kelebihan lain sekiranya kita mendaftarkan terus domain kita untuk 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun. Pendaftaran untuk lebihan tahun ini pastinya memerlukan modal yang lebih besar, sekiranya kita bayar RM45 setahun, bermakna perlu keluarkan RM450 untuk 10 tahun.

Ianya adalah pelaburan jangka masa panjang yang sangat bagus sebenarnya. Pertama kita tidak akan sangsi untuk membuat pembaharuan domain ketika tiba tempoh tamatnya. Kedua, domain yang didaftarkan lama ini biasanya akan dapat mengelakkan diri daripada dicop sebagai domain scam.

Selain itu, domain yang mempunyai tarikh luput yang lama memberikan peluang untuk ianya dinilai sebagai domain dengan status yang bagus. Ini agak sukar untuk diterangkan dengan perkataan, namun impaknya kepada SEO ada, walaupun pemberatnya tidak begitu besar.

pengurusan hosting jangka masa panjang yang sistematik

Pengurusan hosting yang sistematik

Selain domain, kita juga perlu mempunyai perancangan penggunaan hosting yang sistematik. Ini amat penting terutama apabila laman atau blog kita mula berkembang. Permulaan kita boleh melanggan mana-mana shared hosting yang kita gemari. Ini sebagai permulaan dengan kos yang lebih rendah.

Hari berganti minggu berganti tahun, ada kemungkinan besar laman kita memerlukan kapasiti hosting yang lebih besar. Andai ini terjadi, kita tak perlu panik, ini adalah petanda yang baik. Cuma ketika itu, pastikan kita turut menjana pendapatan daripada laman kita.

Kita tidak akan menggunakan plan shared hosting yang sama untuk jangka masa yang panjang. Apabila mengusahakan blog yang mempunyai prestasi yang baik, akan tiba masanya untuk kita menaik taraf kapasiti hosting. Bukan sekadar kapasiti, ada juga keperluan untuk menukar daripada shared hosting kepada struktur yang berbeza.

Antara struktur yang mungkin kita akan gunakan seperti cloud server, VPS, semi dedicated server, dedicated server dan seumpamanya. Andai tiba masa untuk berubah, boleh hubungi blogger tua untuk perkhidmatan konsultasi lanjut. Kita tidak mahu membazirkan wang untuk sesuatu yang belum diperlukan.

Semoga dengan adanya mindset ini, kita akan dapat menguruskan laman kita dengan lebih baik. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge