Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini kita ingin berbincang mengenai platform WordPress yang kita gunakan untuk menguruskan laman dan blog. Setakat ini, terdapat hampir 34% laman yang dibangunkan dalam dunia digital ini menggunakan WordPress. Bayangkan setiap 3 laman yang kita temui, satu daripadanya menggunakan WordPress.
Ini merupakan satu peratusan penggunaan yang sangat tinggi. Antara sebab kenapa blogger tua memilih WordPress sebagai platform untuk menulis dan membina pelbagai jenis laman. Jumlah laman yang dibina menggunakan WordPress adalah sekitar 19,500,000 laman.
Menurut technorati, 8% daripada top 100 blog menguruskan laman mereka menggunakan WordPress. 2,645 daripada top 10k laman menggunakan WordPress sebagai enjin utama pengurusan laman. Terdapat 22,111 daripada top 100k laman turut menggunakan WordPress.
Sejak diperkenalkan, WordPress telah melalui sebanyak 32 kemaskini major. Pada tahun 2014, sebanyak 23,498,018 themes telah dimuat turun dari laman wordpress.org. Tambah menarik apabila lebih 1billion muat turun telah dibuat untuk plugin yang diedarkan di wordpress.org.
Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang 76juta blog yang didaftarkan di wordpress.com. WordPress.com merupakan perkhidmatan percuma dan berbayar yang disediakan oleh pihak wordpress untuk sesiapa yang tidak mahu menggunakan fungsi self-hosted yang disediakan di wordpress.org.
Jika anda masih ragu-ragu untuk menggunakan WordPress, anda perlu berhenti segera. WordPress mempunyai sumber rujukan yang cukup banyak sehinggakan apa sahaja yang anda fikirkan dalam minda, biasanya boleh diselesaikan menggunakan WordPress.
Andai hari ini anda mempunyai laman WordPress, ada bersama dengan berjuta-juta empunya laman di seluruh dunia yang turut sama menggunakan platform yang sama untuk menulis artikel mereka dalam pelbagai bahasa.
Semoga setiap penulisan yang kita buat menggunakan WordPress ini akan memberikan impak dan kesan positif kepada pembaca semua. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Perlu atau tidak mengemaskini WordPress, themes dan plugins
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah…... Baca selanjutnya »
WordPress 5.2 – versi kemaskini dengan pelbagai tambahbaikan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini pihak WordPress melepaskan versi terbaru untuk WordPress self-hosted, iaitu WordPress 5.2. Versi ini…... Baca selanjutnya »
ManageWP memudahkan pengurusan laman WordPress setempat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menguruskan laman WordPress merupakan salah satu aktiviti yang penting untuk kita buat. Ini sangat benar…... Baca selanjutnya »
Laman WordPress diceroboh lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, setiap minggu pasti akan ada laman WordPress yang diceroboh atau dijangkiti dengan malware dan…... Baca selanjutnya »
Memahami fungsi WordPress Site Health
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam versi terkini fungsi Site Health Status ini telah pun diperkemaskan dengan paparan 2…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions