Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila kita menulis setiap hari, ada ketika minda kita terasa terlalu letih untuk menambah penulisan. Ini memang boleh berlaku terutama jika kita baru lagi dalam bidang penulisan atau kita sedang melalui kehidupan yang terlalu sibuk dengan pelbagai perkara.
Andai ini berlaku, ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan sebenarnya, sebelum ini pun kita sudah berbincang mengenai situasi ini dalam artikel yang berlainan. Kali ini anggaplah sebagai ulangkaji agar kita tidak berlaku kejam kepada diri sendiri.
Perkara penting yang perlu kita beritahu kepada diri sendiri adalah, tidak mengapa jika kita tidak menulis sehari. Anggaplah ianya cuti agar diri kita dapat kembali bersemangat dan idea datang mencurah-curah. Kita ini hanyalah manusia biasa yang ada ketika, tidak dapat memberikan sepenuhnya kepada penulisan yang sedang digarab.
Jika ianya berlaku, bagaimana kita ingin memikat pembaca kita. Pasti penulisan yang kita terbitkan itu akan bercampur baur dan tidak mempunyai impak yang hebat seperti kebiasaan.
Seperti contoh yang sedang berlaku dengan blogger tua, beliau merasakan terlalu lebih untuk menulis artikel tutorial dan teknikal yang mempunyai proses yang lebih rumit berbanding artikel biasa.
Apa yang dilakukan adalah, untuk meninggalkan artikel tutorial teknikal tersebut dan hanya menulis perkongsian yang lebih santai. Memang ada ketika kita merasakan, aku perlu paksa diri untuk memastikan ianya berjalan seperti yang telah dirancang.
Namun dalam masa yang sama, kita perlu juga memberi ruang dan kelonggaran kepada diri sendiri agar setiap penulisan yang kita terbitkan itu merupakan karya yang terbaik pernah kita hasilkan.
Semoga selepas ini kita kembali dengan aktiviti penulisan yang lebih cemerlang. Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis untuk laman kenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ini, kita pernah bercerita mengenai kaedah pemasaran sebagai penulis jemputan. Ada yang…... Baca selanjutnya »
Bagaimana ingin menulis jika terlalu sibuk setiap hari
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis dalam dunia digital ini seringkali disalah anggap dan menjadi satu bebanan pula untuk…... Baca selanjutnya »
Membaca untuk memperbaiki penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara penting yang perlu kita buat sekiranya ingin sentiasa memperbaiki penulisan adalah membaca….... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions