Assalamualaikum dan salam sejahtera,
jika sebelum ini kita ada bercerita mengenai keselamatan laman, selenggara laman, pemeriksaan berkala dan pelbagai lagi melibatkan pengurusan laman menggunakan WordPress, kali ini kita ingin berbincang mengenai satu tools percuma yang cukup penting juga kepada seorang empunya laman.
UptimeRobot merupakan perkhidmatan percuma dan ada juga berbayar untuk digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin menyemak status laman sama ada boleh dilayari atau sebaliknya. Perkhidmatan ini akan memaklumkan kepada kita sekiranya laman kita tidak boleh dilayari.
Status laman akan dihantar menggunakan email, telegram dan beberapa lagi kaedah. Blogger Tua menggunakan email dan telegram buat masa ini. Anda hanya perlu membuat akaun baru di laman tersebut, kemudian dalam dashboard UptimeRobot anda boleh menambah laman yang ingin kita semak status setiap hari.
Anda hanya perlu create new monitor, kemudian pilih HTTP(s) untuk memeriksa status laman anda setiap 5 minit. Kemudian masukkan URL penuh laman anda di ruangan yang tersedia. Selepas itu, anda boleh tick Alert Contact seperti dalam gambar.
Secara default, anda akan dapat memilih email sebagai cara notifikasi di hantar, anda boleh menambah cara penghantaran ini dalam setting account anda. Selepas itu semua senarai akan terpapar di bawah. Buat masa ini, blogger tua hanya menggunakan email dan telegram sebab itu adalah perkara yang memudahkan untuk saya.
Perkhidmatan percuma membolehkan anda membuat semakan sehingga 50 monitors setiap 5 minit. Jika anda perlukan lebih atau ingin membuat semakan lebih cepat, UptimeRobot turut menawarkan perkhidmatan berbayar. Anda hanya perlu membuat pilihan berdasarkan keperluan.
Buat masa ini, perkhidmatan ini amat berguna terutama jika anda ingin memastikan laman anda sentiasa boleh dilayari. Contoh notifikasi yang dihantar oleh UptimeRobot adalah seperti gambar di atas ini. Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Chrome extension untuk memudahkan pengurusan laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai chrome extension yang kita boleh pasang dalam browser google…... Baca selanjutnya »
Keperluan untuk menyimpan backup data laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salah satu daripada beberapa perkara yang perlu kita uruskan adalah backup data laman. Ini…... Baca selanjutnya »
Antara pantang larang menguruskan laman WordPress
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai pantang larang menguruskan laman WordPress, pantang larang ini bertujuan…... Baca selanjutnya »
Terma-terma pengurusan laman yang perlu kita ketahui
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi beberapa terma yang mungkin kita biasa dengar, tetapi masih kurang…... Baca selanjutnya »
Membina borang hubungi menggunakan Contact Form 7
Assalamualaikum dan selamat pagi, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions