Kajian trafik mudah dengan ubersuggest

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tempoh hari kita ada bercerita mengenai perancangan artikel berdasarkan trafik yang sedia ada. Tujuan kita membuat kajian dan analisa tersebut adalah untuk melihat sejauh mana trafik yang sedang berminat dan mencari mengenai topik yang kita kongsikan tersebut.

Harini kita akan melihat beberapa perkara mengenai Ubersuggest yang membolehkan kita membuat penilaian kasar mengenai topik yang kita ingin tulis itu. Selain itu, kita boleh juga membuat analisa sejauh mana kebolehupayaan untuk artikel kita diletakkan dalam halaman pertama Google.

Ubersuggest - free keywords tool

Ubersuggest merupakan keyword tool percuma yang disediakan oleh NeilPatel untuk membantu empunya laman untuk membuat analisa mudah. Tool ini memudahkan kita membuat penilaian awal mengenai sesuatu topik itu. Contohnya kita ingin mengetahui mengenai topik cuti sekolah, menggunakan tools ini kita boleh membuat analisa awal dengan cara memasukkan kata kunci cuti sekolah ke dalam ruangan carian Ubersuggest.

Melihat daripada paparan analisa ringkas ini, kita dapat lihat kadar carian adalah 4400, kadar kepayahan adalah 20 sahaja, dan paid difficulty pun hanya 1. Ini adalah kata kunci yang mudah untuk kita lawan sebab kadar carian pun rendah dan tiada persaingan untuk kata kunci ini.

Jika kita klik pada menu keyword ideas, paparan seperti di bawah akan kelihatan.

Kita dapat lihat, kata kunci cuti sekolah 2019 mendapat lebih banyak carian iaitu sekitar 60,000. Ini bermakna kata kunci yang ditambah tahun mendapat lebih banyak sambutan. Mungkin ada yang ingin mengetahui mengenai tarikh cuti sekolah untuk membuat perancangan dan sebagainya.

Kata kunci ini secara kasarnya adalah mudah untuk kita lawan kerana tiada persaingan yang kuat. Hanya tulis mengikut strategi dan teknik yang telah kita pelajari sepanjang bersama dengan blogger tua. Kemudian kita biarkan ianya menjadi matang.

analisa asas kata kunci cuti sekolah 2019
analisa asas kata kunci cuti sekolah 2019

Lawan kita pun sekadar laman yang memang menyenaraikan cuti umum yang berkaitan. Ini adalah niche website yang fokusnya adalah senarai cuti sekolah. Disebabkan tiada persaingan, laman ini menikmati trafik yang konsisten daripada kata kunci ini.

Selepas ini, anda buka kembali Google Search Console dan lihat bahagian performance. Di situ ada senarai kata kunci yang masuk ke laman anda, anda salin kata kunci itu kemudian masukkan ke dalam Ubersuggest untuk membuat analisa mudah ini.

Jika tiada persaingan dan trafiknya agak tinggi, bolehlah mula menambah artikel berkaitan agar lebih banyak jerat atau artikel yang boleh kita senaraikan dalam halaman carian seperti Google. Selamat mencuba.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge