Terma-terma pengurusan laman yang perlu kita ketahui

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ini ingin berkongsi beberapa terma yang mungkin kita biasa dengar, tetapi masih kurang jelas apakah kegunaan atau maksudnya dalam pengurusan laman sesawang.

Terma-terma ini biasanya digunakan oleh kita untuk menerangkan sesuatu perkara agar ianya difahami. Ada terma yang sekadar untuk pengetahuan, ada juga yang penting agar kita tidak membuat kesilapan dalam pengurusan.

terma yang perlu diketahui dalam pengurusan laman

Domain – domain adalah nama atau alamat untuk laman sesawang kita, ianya digunakan untuk membolehkan sesiapa sahaja melayari atau menemui laman kita tanpa perlu bersesusah payah mengetahui IP dan sebagainya.

Hosting – hosting pula adalah tempat untuk kita menyimpan data-data laman agar ianya dapat dipaparkan kepada pembaca atau pelawat. Hosting ini juga berperanan untuk fungsi-fungsi tambahan yang kita perlukan seperti pengurusan email dan lain-lain.

Bandwidth – bandwidth ini pula adalah kadar atau talian yang diperlukan untuk menghantar data-data yang kita simpan. Biasanya sekiranya anda menggunakan shared hosting, ada limitasi bandwidth dalam akaun anda. Andai kuota ini telah penuh, anda perlu menaik taraf atau menukar pakej.

Bandwidth dengan kelajuan yang besar akan membolehkan laman anda dilayari dengan lebih lancar dan tepat. Ini sebahagian daripada keperluan laman yang kita perlu titikberatkan.

Server – setiap hosting akan memerlukan server atau pelayan. Pelayan ini hanyalah komputer yang dilengkapi dengan kapasiti tertentu untuk membolehkan data disimpan, bandwidth disalurkan dan domain ditemui. Ada banyak jenis server yang kita boleh langgan dalam dunia sekarang, semuanya bergantung kepada keperluan laman yang kita usahakan.

Unique Visitors – unique visitor ini bermaksud individu atau pelawat yang dianggap orang berbeza yang telah melayari laman kita. Kebiasaanya, apabila satu sesi telah tamat, orang yang sama turut boleh di anggap unique visitor. Sesi akan tampat apabila ianya melebihi 30 minit tanpa sebarang aktiviti di laman tersebut.

Page Views – page view adalah jumlah bilangan satu laman dilayari atau dibuka oleh pembaca, sekiranya mereka membuka satu laman beberapa kali, ianya turut akan dikira sebagai page view. Page view yang tinggi tidak bermakna ianya dilayari oleh ramai unique visitor.


Itu serba sedikit terma asas yang perlu kita ketahui, ada lagi beratus kalau tidak beribu terma yang akan membantu kita menguruskan laman dengan lebih baik. Kita bincang dan kongsikan dalam artikel yang berbeza pula. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge