Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin bercerita mengenai SEO, atau nama panjang Search Engine Optimization. SEO di pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa sebenarnya ada banyak bezanya. Di Malaysia, masih banyak industri yang tidak mengusahakan perkara ini. Ianya menjadi sangat mudah untuk ranking di halaman pertama.
Anda tidak perlu bersusah payah seperti empunya laman di persada antarabangsa untuk mengoptimasi teknik dan kaedah yang digunakan. Persaingan di peringkat antarabangsa memang sangat sengit, andai buat biasa-biasa memang susah nak lawan laman yang dah duduk lebih lama. Namun semuanya bukan mustahil.
Ada kaedah juga untuk kita membolos pasaran antarabangsa, cuma mungkin mengambil masa yang lebih panjang daripada biasa. Berbeza halnya dengan keadaan di dalam negara kita. Persaingan sangat rendah, hinggakan, banyak carian menggunakan perkataan bahasa melayu akan menyebabkan laman dari negara jiran yang tersenarai.
Ini peluang yang sangat besar kepada yang mengusahakan.
Fokus pada pengalaman pembaca
Seperti yang dikongsikan dalam artikel memikat Google dengan mengorat pembaca, kita sebenarnya hanya perlu fokus untuk memberikan pengalaman yang baik kepada pembaca. Semakin terkesan pembaca dengan penulisan kita, semakin baik kesannya untuk SEO dan perkara berkaitan.
Semakin pembaca faham apa yang kita tulis, semakin mereka gemar untuk kembali ke laman yang kita bangunkan. Perkara ini memang secara langsung akan memberikan impak kepada SEO. Cuma ramai yang merasakan, apa yang penting adalah untuk fokus pada ranking semata.
Di sini kita akan kerugian andai fokus kita bukan kepada pembaca tetapi kepada ranking. Dalam pasaran yang tiada saingan, inilah peluang untuk kita memikat hati pembaca tanpa perlu bersusah payah seperti empunya laman di persada antarabangsa.
Rebut peluang semasa pasaran tempatan masih tiada saingan ini, ianya telah berada dalam status ini sejak 10 tahun yang lalu, tak mustahil segalanya akan berubah tidak lama lagi walaupun ada yang mengatakan, blog atau laman web ini, sudah tidak relevan. Mereka berkata demikian hanya kerana mereka tidak memahami bagaimana ianya diusahakan.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
Memikat Google dengan mengorat pembaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai memikat Google, ianya adalah berkaitan dengan search engine optimization atau singkatan…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Artikel sebagai sumber pendapatan pelbagai cabang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mengusahakan laman dengan penulisan artikel, kita sebenarnya sedang membina mesin wang jangka…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions