Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook dengan lebih baik. Antara perkara penting dalam sesebuah aritkel adalah gambar yang baik. Setiap artikel wajib mempunyai sekurang-kurangnya 1 gambar.
Tujuan meletakkan gambar ini adalah agar orang lain akan berminat untuk membaca artikel yang kita tulis. Contoh paparan apabila kita mempromosikan artikel dengan gambar adalah seperti gambar di bawah.
Cara mudah untuk memaparkan gambar yang diinginkan
Sekiranya anda menggunakan plugin All In One SEO perkara ini telah dimuatmasuk bersama dalamnya. Kita hanya perlu mengaktifkan tetapan dalam setting All in one SEO.
Dalam senarai feature manager, aktifkan social meta seperti gambar di bawah.
Selepas anda mengaktifkan fungsi tersebut, dalam panel editor untuk menulis post, satu menu tetapan baru akan kelihatan di hujung artikel seperti gambar di bawah.
Dalam ruangan itu, anda boleh meletakkan custom description dan gambar yang ingin dipaparkan dalam media sosial.
Selepas anda memasukkan gambar dan description, gunakan tools FB Debug Tool untuk melihat apakah paparan gambar yang akan kelihatan dalam FB.
Jika ianya gambar berlainan, sila klik pada menu fetch again untuk FB hilangkan cache dalam system mereka dan membaca gambar yang baru.
Video tutorial pengaktifkan gambar media sosial
Dalam video ini, anda akan dapat melihat langkah demi langkah mengaktifkan fungsi ini dan bagaimana meletakkan pautan URL di FB dengan cara yang berkesan.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Jauhi media sosial semasa menulis
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini adalah perkara penting yang perlu kita semat dalam diri, semasa menulis, berhenti seketika…... Baca selanjutnya »
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Menguruskan watermark pada gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions