Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini ingin bercerita mengenai gravatar atau gambar profile yang terpapar apabila kita menulis komen di laman WordPress atau laman-laman yang menggunakan gravatar.
Gravatar.com merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan untuk membolehkan sesiapa sahaja meletakkan gambar profile yang sesuai berdasarkan email yang digunakan dalam ruangan komen atau mana-mana laman.
Kita hanya perlu menggunakan akaun wordpress.com (ini akaun berbeza dengan WordPress Self-hosted yang kita gunakan) untuk menggunakan perkhidmatan ini. Boleh daftar percuma.
Apabila telah masuk ke akaun kita, ki taboleh menguruskan banyak email sekaligus dalam satu akaun. Contoh kita ada beberapa email, semua boleh diuruskan dari akaun yang sama sahaja. Hanya perlu buat pengesahan untuk setiap email yang kita ingin uruskan.
Anda hanya perlu add new image kemudian assign kepada email yang kita ingin gunakan. Andai ingin menambah email baru, gunakan fungsi add email address. Itu sahaja.
Mudah bukan?
Selepas ini, semua profile kita yang menggunakan gravatar akan memaparkan gambar yang telah kita tetapkan dalam gravatar.com ini.
Selamat mencuba.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan watermark pada gambar
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita menulis artikel, penting untuk kita masukkan gambar untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah…... Baca selanjutnya »
Membina borang hubungi menggunakan Contact Form 7
Assalamualaikum dan selamat pagi, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi…... Baca selanjutnya »
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »
Pentingnya menggunakan Google Analytics untuk penilaian laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin bercerita mengenai Google Analytics, perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak Google…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions