Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ramai yang gemar berfikir terlalu mendalam sehingga tidak melakukan aktiviti buat. Berfikir itu bagus, namun ianya cukup sekadarnya. Pemikiran yang dibuat terlalu lama hingga tiada tindakan yang dibuat, tidak akan mendatangkan hasil.
Sedar dan bertindak akan mendatangkan hasil
Sedar + Tindakan = Hasil
Soalnya, kenapa semasa kita ingin membuat penulisan, kita berfikir terlalu lama?
Penulisan yang berkesan adalah…
Penulisan yang berkesan adalah apabila penulisan itu diterbitkan. Penulisan yang hanya terbuku dalam kepala atau tersemat dalam senarai draft tidak akan memberikan apa-apa kesan.
Puncanya mudah, kerana tiada sesiapa yang dapat membacanya kecuali diri kita sendiri. Sebab itu penting untuk kita kurangkan berfikir, kurangkan buat penulisan dalam kepala otak, lebihkan penulisan yang dicoretkan dan diterbitkan seperti yang sepatutnya.
Kesan penulisan ini seperti pernah dikongsikan dalam artikel menulis untuk saham akhirat bukan sekadar untuk di dunia, tetapi sebagai saham untuk kita di akhirat kelak.
Bayangkan ada 100 orang yang membaca artikel yang dikongsikan, kemudian 10 daripada individu tersebut memilih untuk mengamalkan ilmu yang disampaikan oleh penulisan kita. Kemudian ada 1 orang pula, mengajarkan ilmu tersebut kepada orang ramai.
Kita tak perlu kita, tetapi sudah jelas betapa ianya akan menjadi saham yang berangkai dan bertambah dari masa ke semasa.
Antara punca tidak buat, adalah berfikir terlalu mendalam
Keep It Simple, antara nasihat yang akan menyebabkan kita tidak berfikir terlalu rumit. Pemikiran kritikal dalam penulisan akan menyebabkan penulisan kita jadi tersekat-sekat.
Adakala seperti ayatnya meluncur lancar seperti air mencurah di atas daun keladi. Ada ketika yang lain, kita akan dapat merasakan seperti ada kekangan dan halangan yang tak dapat nak diterangkan dengan perkataan.
Perkara inilah yang kita tidak mahu wujud dalam proses menjadikan penulisan itu salah satu daripada rutin harian. Mulai harini, apabila ada terlintas ingin menulis, luangkan masa, tulislah sehingga selesai.
Ianya akan menjadi penulisan yang memberi impak dalam kehidupan kita.
Selamat menulis
Artikel Menarik Untuk Anda:
Suka betul baca penulisan dia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Suka betul baca penulisan dia, seronok jer baca. best sangat! ... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Menguruskan writer’s block dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis setiap hari ada ketika boleh menyebabkan kita tertekan dan akhirnya kita memilih untuk…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions