Assalamualaikum semua,
mungkin kita dah pernah dengar petikan bahasa inggeris yang berbunyi
Facts tell, story sell
Ini sebenarnya memang ada banyak kebenarannya, harini ini, ramai yang terlalu fokus memberitahu mengenai fakta produk, tetapi tidak mengolah cerita yang lebih penting disebalik produk tersebut.
Olahan-olahan cerita begini yang sebenarnya akan membuatkan prospek kita berminat untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan kita. Andai anda menulis artikel di blog, banyakkan cerita-cerita begini, kemudian susun perjalanan mereka untuk ke halaman jualan.
Ini adalah teknik paling asas untuk kita membuat jualan menggunakan blog, banyak cerita, tingkatkan minat mereka, tanam idea-idea penting dalam minda bawah sedar mereka ketika mereka membaca, dan akhirnya mereka akan mengambil tindakan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Ianya perlukan latihan dan pengalaman yang agak mendalam untuk boleh nampak perjalanan ini. Namun jika anda berpeluang untuk belajar terus bersama dengan seorang Blogger Tua, silalah ambil peluang tersebut.
Proses yang sama boleh diaplikasikan untuk semua jenis perniagaan, tak kira produk atau perkhidmatan. Apa yang lebih penting bukan pengalaman menjual produk yang sama, tetapi pengalaman untuk menyusun cerita agar apa juga produk akan dapat dijual dengan lebih lancar.
Soalnya sekarang, sudahkan anda menulis artikel anda? Sudahkan anda melatih kemahiran menulis anda? jika tidak, masih belum terlambat untuk bermula.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Penulisan berterusan yang akan memberi manfaat
Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua rakan-rakan sekalian, tahun 2019 ada beberapa laman yang tidak dikemaskini atas sebab…... Baca selanjutnya »
Jenis-jenis blog yang boleh diusahakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bercerita mengenai blog, sebenarnya ada banyak jenis blog yang boleh kita usahakan. Antaranya…... Baca selanjutnya »
Mengharapkan hasil cepat daripada artikel blog
Antara perkara yang menyebabkan ramai kecundang apabila mengusahakan sesebuah laman sesawang atau blog adalah kerana mereka ingin mendapat hasil yang sangat cepat….... Baca selanjutnya »
Usah berlaku kejam dengan idea anda sendiri
Seringkali ada sahaja yang menjadikan tiada idea untuk menulis sebagai alasan untuk mereka tidak menulis. Tapi sebenarnya bukan sebab tak ada idea,…... Baca selanjutnya »
Apa jadi bila artikel terlalu pendek
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara soalan paling popular dalam kerjaya penulisan blog adalah bagaimana kalau kita tulis artikel pendek…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions