Mengenalpasti kos menguruskan pemasaran menggunakan artikel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

menguruskan pemasaran menggunakan artikel ini adalah perkara yang biasanya diabaikan oleh ramai pengusaha laman. Biasanya kita hanya nampak kos utama seperti kos langganan hosting dan belian domain.

Kos paling besar dan mahal semasa mengusahakan penulisan artikel adalah kos masa dan tenaga. Kos ini sangat subjektif dan ramai yang merasakan ianya adalah percuma. Andai kita merasakan masa dan tenaga kita adalah percuma, kita akan mengabaikan begitu banyak kos terlibat sehinggakan kita akan terpaksa menanggung kerugian.

Bagaimana kita ingin meletakkan harga pada masa yang kita luangkan?

Cara paling mudah adalah dengan membuat penilaian berdasarkan pendapatan yang kita dapat pada masa sekarang. Contohnya pendapatan kita jika dipecahkan kepada jumlah jam adalah RM35 sejam. Kita jadikan ini sebagai kayu ukur kasar.

Kemudian kita kira pula berapa lama masa yang kita perlukan untuk siapkan satu artikel. Katakanlah kita perlukan 4 jam untuk menyiapkan satu artikel. Di sini kita sebenarnya telah membelanjakan RM140 untuk kos masa yang dikeluarkan, belum lagi kos lain yang berkaitan.

Andai setiap hari kita gunakan 4 jam untuk sebuah artikel, bermakna sebulan kita perlu melaburkan RM4200 hanya untuk menyiapkan artikel. Bayangkan kos setahun yang perlu dikeluarkan? Lebih RM50,000 nilai kos yang perlu kita keluarkan.

Banyak bukan?

Sebab itu seringkali diingatkan agar usahakan dengan baik setiap penulisan kita. Walaupun kita tidak mengeluarkan wang secara langsung, nilai pelaburan penulisan artikel ini adalah sangat tinggi.

Semakin tinggi pelaburan yang kita keluarkan, semakin banyak hasilnya apabila pelaburan kita telah cukup matang. Kita sediakan anggaran dan unjuran kos serta pendapatan yang akan kita perolehi dalam tempoh yang ditetapkan. Ketika itu kita akan semakin cerewet untuk menggunakan masa kita setiap hari.

Andai perkara itu adalah perkara yang sia-sia, kita akan dapat lihat tiada kiraan balik pulang modal yang akan kita boleh lakukan.

Semoga bermula hari ini, kita mula menghargai masa yang kita gunakan untuk semua aktiviti dalam dunia digital dan juga dunia nyata. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge