Assalamualaikum dan salam sejahtera,
saban hari kita mengusahakan penulisan artikel, kita telah melakukan banyak perkara. Antaranya kaedah blogwalking yang berkesan, kaedah menarik perhatian pembaca, membina kelompok peminat di media sosial dan banyak lagi.
Andai ada yang tertinggal, boleh semak di ruangan arkib artikel semua tips-tips yang bila digabungkan akan menjadi satu perkara yang sangat luar biasa. Masih ada lagi jurus-jurus lanjutan yang kita akan bincangkan dari masa ke semasa.
Namun begitu, andai kita hanya sibuk dengan jurus lanjutan, tetapi perkara yang asas kita tidak hiraukan, pasti kita tidak boleh menguasai jurus lanjutan dengan benar-benar mahir.
Trafik hadir ibarat hujan
Biasanya, kita akan mula nampak trafik organik masuk ke laman kita dengan konsisten selepas 4 bulan ke atas sekiranya kita melakukan promosi dengan baik dan tersusun. Trafik organik yang hadir disebabkan enjin carian adalah trafik yang sangat berharga.
Ianya adalah pengguna enjin carian yang mencari penyelesaian masalah tertentu. Andai dibiarkan, kita akan hanya dapat berasa gah trafik kita banyak, tetapi tiada tindakan lanjutan selepas itu.
Bayangkan trafik ini seperti hujan yang turun dari langit membasahi muka bumi. Hujan itu baik sifatnya, membawa keberkatan dan rahmat, namun jika dibiarkan sahaja, kita hanya akan dapat nikmat sejuk hujan dan basah sahaja.
Berbeza keadaannya sekiranya kita mengambil peluang untuk meletakkan tempayan atau bekas takungan, air hujan itu akan terkumpul dan akhirnya lebih banyak manfaat yang kita akan terima.
Mengumpulkan dan menguruskan trafik yang hadir
Perkara seterusnya yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana untuk kita mengumpulkan trafik ini seperti tempayan selepas hujan tadi. Agar ianya akan memberikan manfaat untuk jangka masa panjang. Antara keadah yang boleh kita lakukan adalah dengan mengumpul senarai email trafik yang hadir ini.
Sediakan tawaran seperti ebook percuma, atau tips-tips yang sesuai dengan trafik yang hadir, kemudian biarkan mereka melanggan newsletter yang kita sediakan atau halaman muat turun ebook tadi. Akhirnya kita bolehlah membina perhubungan yang lebih baik bersama trafik yang pada mulanya adalah orang yang tidak dikenali, namun ianya boleh ditukarkan menjadi peminat atau pengikut setia.
Andai ada apa-apa persoalan, boleh ajukan di ruangan komen. Selamat melakukan.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menulis semasa sedang bercuti, perlu atau tidak? dan bagaimana melakukannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila bermula sahaja cuti sekolah, ramai ibu bapa mula menyusun pelbagai aktiviti bersama keluarga…... Baca selanjutnya »
Kawalan keselamatan, perlu atau tidak?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita bercerita mengenai kawalan keselamatan, ianya berkait rapat dengan pantang larang mengusahakan…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Perlu atau tidak mengemaskini WordPress, themes dan plugins
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan laman WordPress, salah satu keperluan penting adalah untuk mengemaskini versi WordPress termasuklah…... Baca selanjutnya »
Click through ratio dan conversion rate
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin mengajak rakan pembaca untuk berbincang mengenai click through ratio (CTR) dan conversion rate (CR). Dua perkara ini akan… ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions