Assalamualaikum dan salam sejahtera,
alhamdulillah ini adalah blog baru yang dibina untuk tujuan case study. Case study untuk satu projek dominasi online yang sedang diusahakan. Bloggertua.com diwujudkan untuk berkongsi pengalaman sepanjang lebih 15 tahun berada dalam dunia pengurusan blog.
Blog ini akan berkongsi teknik, strategi dan perkara-perkara yang berkaitan. Menguruskan blog sebenarnya bukan sahaja menulis dan mempromosikan. Ianya melibatkan perkara yang lebih luas.
Blog akan berfungsi sebagai alat pemasaran yang sangat berkesan apabila kita usahakan dengan perancangan yang betul. Sesebuah blog boleh menjadi jurujual atau wakil untuk memperkenalkan kita kepada lebih sesiapa yang berkunjung ke laman sesawang kita.
Proses ini memperlukan perancangan dan usaha yang konsisten.
Siapa yang mengusahakan, dialah yang akan mengutip hasilnya.
Eizil.com
Semoga perkongsian yang akan dilakukan di sini akan memberikan manfaat dan faedah yang berterusan kepada semua pembaca. Selamat datang diucapkan untuk semua.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Mengenalpasti kos menguruskan pemasaran menggunakan artikel
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menguruskan pemasaran menggunakan artikel ini adalah perkara yang biasanya diabaikan oleh ramai pengusaha laman. Biasanya kita hanya nampak kos utama seperti… ... Baca selanjutnya »
Reader Interactions