Penulisan beremosi penulisan yang dekat dengan pembaca

Bila membaca penulisan artikel, ada ketika kita akan rasa emosi penulis itu. Ini adalah perkara yang memang berlaku dan boleh disusun. Andai kita tulis hanya dengan komponen teknikal, ianya akan sangat susah untuk dicapai.

Berbeza jika kita menulis kerana ingin bercerita dengan pembaca kita. Penulisan itu akan lebih dijiwai dan dapat dirasai emosi yang tersimpan dalam setiap bait-bait perkataan yang dicoretkan.

Perkara ini memang saya tak dapat nak buktikan dengan bukti saintifik, ianya adalah hasil pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia penulisan artikel dalam dunia digital ini.

bagaimana menulis dengan penuh emosi

Penulisan teknikal tidak penting untuk mempunyai emosi, berbeza dengan perkongsian cerita dan pengalaman. Semakin kita menjiwai penulisan yang kita coretkan, semakin dekat intipatinya sampai kepada pembaca kita.

Menulis seperti berbual dengan mereka

Sudah acapkali saya ulang perkara ini, namun akan tetap saya ulang berulang kali lagi kerana ini antara perkara yang akan memberikan hasil yang memang tidak ternilai harganya.

Apabila cerita kita sampai dan dapat difahami oleh pembaca dengan penuh emosi, ianya akan membina perhubungan jarak jauh yang utuh. Walaupun kita tidak perasaan perhubungan ini terbina sebab kita bukannya bertemu setiap hari.

Artikel dan setiap perkataan yang kita terbitkan itu akan menjadi medium yang mengeratkan perhubungan ini. Perhubungan yang akan menyebabkan pelbagai aktiviti lanjutan akan berlaku, antaranya adalah jualan, recruitment, bertemu jodoh dan pelbagai lagi.

Andai anda masih tak percaya, bolehlah cuba sendiri, tulis jangan fikir terlalu mendalam, gunakan tips bagaimana menulis dalam masa 15 minit dan kemudian rasai sendiri impak penulisan yang kita terbitkan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge