Assalamualaikum dan salam sejahtera,
apabila menulis artikel, selain menggunakan gambar untuk memberikan impak yang bagus ke dalam sesebuah artikel, menambah video juga memberikan kesan yang bagus.
Namun begitu, andai kita hanya meletakkan video tanpa sebarang ulasan lanjut, itu adalah aktiviti yang kurang lengkap. Video dalam artikel bersifat sebagai pelengkap atau penambah seri. Ianya digunakan untuk memberikan kefahaman lebih mendalam topik yang ingin disampaikan.
Gunakan YouTube sebagai tempat simpanan video
YouTube adalah antara tempat yang disyorkan untuk kita memuat naik video. Ada banyak kebaikan apabila kita menggunakan YouTube untuk video-video kita. Selain YouTube merupakan antara enjin carian yang besar selepas Google.com, ianya juga mempunyai kelompok pengguna yang luas.
Teknologi yang digunakan oleh YouTube untuk menghantar video juga sentiasa dikemaskini untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pengguna.
Kos untuk kita menguruskan video dengan server sendiri adalah sangat tinggi. Kita perlukan rangkaian pelayan yang banyak, kos bandwidth dan pelbagai lagi kemahiran penting.
Menggunakan YouTube, semua ini akan dapat kita abaikan kerana kos tersebut telah ditanggung oleh Google. Walaupun ada perkhidmatan lain seperti Vimeo, FB Videos dan lain-lain, buat masa ini, gunakan kelebihan YouTube sebagai enjin carian untuk manfaat jangka masa panjang.
Video sebagai pelengkap artikel
Apabila kita memasukkan video dalam artikel kita, anggaplah ianya sebagai pelengkap artikel yang kita tulis dan terbitkan. Ini akan memberikan peluang untuk kita menarik trafik dari lebih banyak sumber ke laman sesawang kita.
Kita boleh pelbagaikan jenis video yang ingin digunakan, video berbentuk tutorial, video berbentuk info semata, dan pelbagai lagi jenis video. Durasi video sebaiknya tidak terlalu lama kerana kita tidak mahu pembaca menjadi bosan.
Durasi video sekitar 2-3 minit sudah memadai biasanya untuk pasaran di Malaysia ini. Andai kita biarkan video tersebut terlalu panjang dan meleret-leret, pembaca akan lebih cenderung untuk meninggalkan artikel yang sedang dibaca.
Gunakan block YouTube dalam WordPress
Cara mudah untuk memasukkan video YouTube dalam artikel adalah dengan menggunakan block YouTube. Contoh paparan block YouTube seperti di bawah ini.
Kita boleh memilih untuk meletakkan video secara center atau align left atau align right. Bergantung kepada kesesuaian dalam artikel kita. Semoga dengan adanya video menarik, pembaca akan lebih seronok untuk membaca artikel dan topik yang dikongsikan.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Kaedah terbaik menguruskan artikel bersiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semakin banyak penulisan yang kita terbitkan, semakin banyak yang akan kita dapat pelajari. Menulis…... Baca selanjutnya »
Bagaimana memasukkan gambar dalam preview promosi media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk kita melakukan promosi di media sosial seperti Facebook…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Kaedah mempromosikan artikel di media sosial
Assalamualaikum dan salam sejahtera, harini talian internet lebih perlahan daripada kebiasaannya, inilah antara dugaan duduk di balik bukit….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions