Assalamualaikum semua,
bila bercerita mengenai pengurusan server ni, bermula sejak 2004 dengan tiada apa-apa pengetahun ketika itu, saya sebagai blogger tua mula menceburkan diri dalam perniagaan jualan hosting. Pada ketika itu, bermula dengan pakej reseller RM10 sebulan sahaja.
Bermula dengan RM10 sehingga menjadi perniagaan yang masih bergerak sehingga sekarang walaupun tiada pengembangan ketara kerana tiada perancangan untuk membesarkan perniagaan ini. Ianya sekadar untuk membantu pelanggan yang mengambil pakej pembinaan laman web.
Dalam masa yang sama, dijadikan tempat untuk mencuba pelbagai jenis teknologi pengurusan server dan hosting.
Runcloud.io – panel pengurusan server yang memudahkan
Runcloud.io ini merupakan syarikat tempatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Memang bukan calang-calang syarikat ni, lama juga sebelum saya terjebak melanggan perkhidmatan mereka. Pada mulanya agak kurang faham apa perkhidmatan yang ditawarkan.
Namun pada penghujung 2018, terjebak dengan perkhidmatan mereka disebabkan ada tawaran menarik untuk pakej mereka. Ketika itu hanya melanggan untuk mencuba sahaja apakah sebenarnya yang ditawarkan.
Selepas mencubanya, ternyata, perkara yang biasanya mengambil masa 2-3 jam bertukar menjadi 10-15 minit sahaja. Memang banyak penjimatan masa di situ.
Panel kawalan server bukan akaun hosting
Runcloud.io ini merupakan panel kawalan server, ianya untuk menguruskan server dengan mudah. Daripada proses awal untuk install segala macam peralatan sehinggalah menguruskan server.
Namun jika anda ingin menguruskan akaun hosting seperti cPanel, ianya bukanlah panel kawalan yang anda cari. Sekiranya anda tidak pasti, saya ingin menawarkan peluang untuk anda mencuba runcloud.io ini secara percuma selama 15 hari.
Anda hanya perlu membuat pendaftaran di halaman berikut Daftar Runcloud.io untuk mencuba secara percuma selama 15 hari.
Sekiranya anda memerlukan pakej cloud server untuk mencuba, anda boleh dapatkan cloud server daripada 2 provider di bawah.
- Digital Ocean – PERCUMA kredit USD100 untuk digunakan dalam tempoh 60 hari.
- Vultr – PERCUMA USD50 untuk digunakan dengan semua service yang mereka tawarkan
Kedua-dua cloud server provider ini boleh digunakan bersama Runcloud.io, jika anda ada sebarang soalan, boleh ajukan di ruangan komen.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan bounce rate dengan mudah dan sistematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila blog kita telah mempunyai 50 artikel ke atas, waktu ini barulah sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Kajian trafik mudah dengan ubersuggest
Assalamualaikum dan salam sejahtera, tempoh hari kita ada bercerita mengenai perancangan artikel berdasarkan trafik yang sedia ada. Tujuan…... Baca selanjutnya »
ManageWP memudahkan pengurusan laman WordPress setempat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menguruskan laman WordPress merupakan salah satu aktiviti yang penting untuk kita buat. Ini sangat benar…... Baca selanjutnya »
Menguruskan arkib artikel dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara kelebihan apabila kita mengusahakan blog adalah kebolehupayaan untuk menyediakan arkib atau senarai artikel…... Baca selanjutnya »
Berehat ketika perlu, untuk teruskan dengan lebih jitu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila menguruskan laman sesawang dan artikel secara intensif, memang ada ketika kita terasa seperti…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions