Kos menguruskan laman web atau blog

Apabila bercerita mengenai laman web atau blog ini, mahu atau tidak, memang ada kos untuk menguruskannya. Membina laman web pada awalnya memang murah, dengan kos mungkin tak sampai RM100 pun dah boleh membuka atau memulakan sesuatu laman.

Kos ini akan meningkat dari masa ke semasa, terutama jika laman kita semakin baik dan mendapat tarikan daripada lebih ramai pengunjung saban hari.

pengurusan trafik laman web yang memerlukan belanja besar

Pengunjung yang mungkin tiba di laman kita disebabkan enjin carian dan seumpamanya, namun setiap trafik yang masuk itu akan menggunakan kuota server kita, bandwidth kita dan macam-macam lagi. Sampai satu tahap, pakej yang kita gunakan untuk bermula itu sudah tidak mampu untuk menampung keperluan laman kita.

Kita seharusnya berada seronok kerana perlu menaiktaraf hosting atau pakej yang sedia ada. Sebaliknya berlaku, hanya kerana perlu keluarkan lebih banyak duit, ramai yang merasakan ianya tidak perlu dibuat.

Akhirnya, kita kembali dengan jumlah trafik yang biasa-biasa sahaja kerana tidak mahu mengeluarkan kos untuk menyelenggara laman web yang boleh mencecah puluhan ribu setahun.

Andai kita mempunyai laman web yang perlukan puluhan ribu kos untuk terus kekal relevan dengan jumlah trafik yang masuk, ketika itu andai diuruskan dengan baik, pendapatan tahunan kita pun akan mencecah ratusan ribu ringgit jika bukan jutaan ringgit.

Setiap ringgit yang kita keluarkan untuk memastikan laman web berjalan lancar, perlulah mempunyai pulangan yang setimpal dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge