Menulis untuk saham akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

antara motivasi yang menyebabkan aku tak berhenti menulis adalah untuk menambah saham akhirat. 3 perkara yang akan kita boleh bawa selepas mati adalah seperti di bawah

  • Doa anak yang soleh/solehah
  • Sedekah jariah
  • ilmu yang bermanfaat

Sebelum ni belum ada anak, so hanya ada 2 sahaja yang boleh diusahakan. Sedekah jariah dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Sekarang alhamdulillah anak dah ada, tapi nak didik menjadi anak yang solehah itu pun banyak cabarannya.

menyampaikan ilmu untuk saham akhirat

Menyampaikan ilmu menggunakan penulisan

Apabila kita menulis, banyak perkara yang kita boleh sampaikan tanpa perlu bersusah payah. Kita boleh menulis di banyak platform, tetapi pilihan untuk menulis di platform yang kita boleh kawal sendiri adalah lebih baik.

Menumpang di platform orang lain mungkin menyebabkan kita dapat berjimat seratus dua setahun. Namun ianya mempunyai risiko yang sangat tinggi.

Bila-bila masa sahaja, empunya platform itu boleh ubah polisi dan akhirnya kita yang akan mengigit jari dan berputih mata.

menulis untuk menyampaikan ilmu berterusan

Ilmu yang bermanfaat itu luas

Apabila bercerita mengenai ilmu yang bermanfaat. Ada banyak sebenarnya ilmu di dunia kita. Kita tak perlu nak fokus pada ilmu yang berat. Andai kita ajar orang lain cara nak bernafas, cara nak minum air, cara nak kawal emosi.

Semua ini adalah ilmu yang nampak seperti remeh, tetapi mempunyai impak dan memberikan manfaat kepada sesiapa yang mengamalkannya.

Setiap artikel yang kita tulis dan ada yang sebarkan menyebabkan kita boleh menambah manfaat atau saham menyampaikan ilmu yang bermanfaat itu. Bukan sahaja kita yang dapat saham, yang menyebarkan itu pun dapat juga sahamnya.

seronok bukan?

Begitulah mudahnya untuk kita menambah dan menguruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.

Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge