Assalamualaikum dan salam sejahtera,
antara kelebihan apabila kita mengusahakan blog adalah kebolehupayaan untuk menyediakan arkib atau senarai artikel agar rujukan semula oleh pembaca akan boleh dibuat dengan mudah.
Ada banyak kaedah untuk kita menyenaraikan artikel ini, satu perkara yang paling mudah adalah dengan menggunakan plugin. Terdapat banyak juga plugin di pasaran yang boleh kita gunakan. Cuma ada sesetengah plugin tu terlalu kompleks sehingga mengganggu prestasi laman.
Kali ini, saya akan kongsikan plugin yang saya gunakan sendiri di laman-laman yang diuruskan. Plugin ini anda tak boleh dapatkan dari laman wordpress.org. Perlu download manual menggunakan butang di bawah.
Selepas anda memuat turun file .zip ini, anda buka Dashboard » Plugins » Add new » Upload file
Kemudian aktifkan plugin yang telah anda muat naik tersebut. Selepas itu, create new page, dalam ruangan title letak tajuk Arkib Artikel. kemudian di bahagian block, cari shortcode dan masukkan shortcode berikut
[ez_archives]
Selepas itu, publish page tersebut dan paparan seperti di bawah akan kelihatan. Anda boleh lihat contoh arkib ini di halaman Arkib Artikel Blogger Tua Jika ada sebarang masalah, boleh tulis di ruangan komen ya.
Nota kaki: jika semasa anda tekan publish, terpapar error untuk publish, tutup browser dan buka semula untuk melihat senarai halaman tersebut. ada kebarangkalian ianya telah pun diterbitkan sebenarnya.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Menguruskan bounce rate dengan mudah dan sistematik
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila blog kita telah mempunyai 50 artikel ke atas, waktu ini barulah sesuai untuk…... Baca selanjutnya »
Menguruskan writer’s block dengan mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis setiap hari ada ketika boleh menyebabkan kita tertekan dan akhirnya kita memilih untuk…... Baca selanjutnya »
Antara perkara penting dalam menguruskan prestasi sebuah laman
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam menguruskan sebuah laman, ada beberapa perkara penting yang perlu kita titikberatkan. Ini bagi…... Baca selanjutnya »
Membina borang hubungi menggunakan Contact Form 7
Assalamualaikum dan selamat pagi, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah untuk menyediakan borang hubungi dalam laman. Borang hubungi…... Baca selanjutnya »
tutorial bagaimana mengubah butang read more
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini kita akan bercerita mengenai kaedah atau teknik untuk mengubah butang read more dalam…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions