Gabungan pelbagai cabang untuk impak yang maksima

Assalamualaikum semua,

bila bercerita mengenai dunia digital ni, ada banyak cabang yang boleh kita usahakan dan kuasai. Andai kita lihat platform media sosial pun, ada begitu banyak dalam pasaran. Kita boleh memilih untuk buat satu sahaja, atau boleh juga kita gabungkan beberapa menjadi satu alat yang lengkap dan gempak.

Antara cabang yang boleh kita fikirkan dalam gabungan ini adalah seperti, pemasaran email, pemasaran sms, pemasaran media sosial dan tak lain tak buka, pemasaran menggunakan artikel.

Media sosial pula, cukup kita memilih 3 atau 4 platform utama di Malaysia ini, seperti Facebook, Instagram, YouTube, LinkedIn atau Twitter. Cuma Twitter ni platform yang bukan semua orang mampu bergiat aktif sambil menyusun perancangan untuk pemasaran yang berkesan.

menggunakan pelbagai cabang untuk impak berkesan

Kuasai setiap cabang dengan baik

Apabila kita ada 3-4 cabang sahaja yang ingin diusahakan, kita perlu buat sehabis baik dalam setiap cabang ini dan pastikan setiap cabang ini saling membantu antara satu dan lain.

Jika kita hanya usahakan setiap cabang secara berasingan, ianya adalah sesuatu yang agak merugikan dan tidak akan memberikan impak yang sepatutnya.

Semua cabang ini hanya akan berkesan apabila kita konsisten melakukannya. Contohnya konsisten menulis dan menerbitkan artikel, konsisten mempromosikan artikel kita di media sosial, konsisten menghantar email-email kepada kelompok yang melanggan dan seumpamanya.

Jika kita tidak melakukan semua ini secara konsisten, memang agak lambat atau hampir mustahil untuk kita mendapat hasil yang kita inginkan.

Tidak ada sebenarnya teknik yang salah dalam dunia digital ini, hanya yang tidak beretika atau yang tidak dibuat dengan baik secara berterusan. Andai anda masih tak pasti nak pilih platform yang mana, cuba tengok untuk sekarang ini, apakah yang paling anda selesa untuk usahakan.

Mulakan dengan perkara tersebut dan tambah sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge