Semakin banyak kita menulis, semakin mudah ianya diselesaikan

Perkara yang kita buat setiap hari akan menyebabkan kita lebih mudah untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, pada mula-mula kita belajar memakai baju sendiri, pasti ianya memerlukan masa yang agak panjang berbanding setelah kita mahir.

burger yang sedap tak perlu fikir macam mana nak makan
burger sedap begini, sudah tidak perlu difikirkan bagaimana untuk mengunyahnya

Sama juga ketika permulaan kita belajar memandu kenderaan, pasti kekok, rasa cemas, dan pelbagai lagi. Namun setelah bertahun-tahun melakukan aktiviti yang sama, sudah menjadi kebiasaan dan kita tak perlu untuk fikir apa perlu dibuat selepas enjin dihidupkan dan sebagainya.

Sudah ada muscle memory atau memori otot yang menyebabkan kita bertindak tanpa perlu berfikir secara mendalam. Ini semua adalah hasil latihan secara berterusan setiap hari.

Sama juga dengan menulis, apabila kita melatih diri untuk menulis setiap hari, lama kelamaan, ianya menjadi kebiasaan. Tiada lagi beban atau rasa sukar untuk menulis. Sekali sekala rasa berat tu adatlah, sebab mood kita yang sedang berat ketika itu. Hakikatnya kita boleh lakukan.

kereta antik di ladang semulajadi

Sebab itu penting untuk kita membina rutin ini, pada awalnya memang kena paksa diri, buat benda baru, pasti tidak mudah. Namun latihan yang dipaksa itu akan memberikan impak yang positif dan luar biasa.

Sampai satu tahap, kita tidak perlu lagi berfikir macam mana ingin menulis, kerana semuanya telah menjadi rutin yang kita buat setiap hari. Ibarat makan nasi, sampai satu tahap, kita tak perlu fikir cara nak menyuap dan sebagainya.

Jika anda masih berkira-kira ingin memulakan penulisan, tulis sahaja, tak perlu tunggu, buatlah seberapa banyak kesilapan dan belajar daripada kesilapan tersebut. Selamat menulis.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge