Assalamualaikum dan salam sejahtera,
bercerita mengenai penulisan, memang kita bebas untuk menulis ala sahaja topik yang kita gemari. Namun begitu, dalam masa yang sama, kita perlu cakna beberapa perkara, agar kita tidak terjerumus ke lembah kegelapan.
Ini hanyalah garis panduan agar anda tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh penulis suatu ketika dahulu.
Elakkan pencerobohan jenama dan hak cipta
Pencerobohan ini boleh berlaku dengan banyak cara. Salah satunya dengan memburukkan atau menabur fitnah ke atas satu-satu jenama. Andai cerita atau info itu benar sekalipun, kita perlu berhati-hati dalam perkara ini. Hanya kerana cerita itu benar, tidak bermakna kita berhak untuk tulis dan sebarkan.
Perkara ini ramai yang telah salahguna hanya kerana merasakan bahawa tulisan itu adalah milik mereka dan mereka berhak melakukan apa sahaja. Jadilah penulis yang beretika dan berintegriti. Penulisan kita andai berngaruh perlulah digunakan untuk menyampaikan kebaikan.
Penulisan kontroversi dan sensitif
Sebarang bentuk penulisan yang mungkin mengganggu sensitiviti kaum, agama dan masyarakat perlulah kita elakkan. Kita tidak mahu menjadi penyebab sesuatu pergaduhan tercetus antara kaum dan sebagainya.
Semakin teruk isu yang kita sentuh itu, semakin buruk impak yang akan kita perlu hadapi. Dan apabila impak itu berlaku, janganlah pula kita menyorokkan penulisan asal kita. Usahlah kita membaling batu kemudian sembunyi tangan.
Penulisan-penulisan berbentuk provokasi sebenarnya akan menyebabkan kita menjadi sasaran kelompok yang sebenarnya ingin kita jauhkan diri. Kelompok seperti penggodam, gangsters dan seumpamanya hanya akan membahayakan kehidupan kita, keluarga dan rakan taulan.
Jadilah penulis yang berhemah dan tidak sekadar ingin mengejar trafik dan akhirnya kita menulis perkara yang sensasi tetapi tidak berfaedah.
Selamat menulis.
Artikel Menarik Untuk Anda:
Antara pantang larang menguruskan laman WordPress
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini ingin berkongsi mengenai pantang larang menguruskan laman WordPress, pantang larang ini bertujuan…... Baca selanjutnya »
Menguruskan sangkaan dalam penulisan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apabila kita mula banyak menerbitkan artikel di laman kita, ada banyak kesan yang akan…... Baca selanjutnya »
Penulisan yang dipaksa-paksa
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bercerita mengenai menulis ni, memang banyak perkara yang akan kita hadapi. Antaranya adalah memaksa…... Baca selanjutnya »
Membina rutin penulisan yang konsisten
Assalamualaikum dan salam sejahtera, menulis ini adalah aktiviti yang boleh dilatih dan dibuat oleh sesiapa sahaja yang berhendak….... Baca selanjutnya »
4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkat
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara perkara yang seringkali menjadi masalah kepada penulis baru adalah mengambil masa yang terlalu…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions