Memikat pembaca dengan membantu mereka tanpa kos

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apabila kita ingin memikat hati pembaca ini, ada banyak kaedah dan caranya, antaranya adalah dengan memberikan penyelesaian mudah untuk masalah yang sedang mereka hadapi.

Masalah dalam kehidupan ini ada pelbagai, setiap masalah pasti mempunyai penyelesaiannya. Bezanya, ada penyelesaian yang tidak menyebabkan jualan berlaku untuk produk atau perkhidmatan kita. Ini tidak mengapa, kerana kita ingin membina perhubungan jangka masa panjang.

Apabila kita merasakan, jualan perlu berlaku apabila mereka mengunjungi laman kita buat pertama kali, ini adalah mindset yang perlu diubah. Tiada jalan pintas apabila mengusahakan pemasaran menggunakan artikel, ianya perlukan masa matang dan perancangan yang jitu.

membina perhubungan dengan menyelesaikan masalah

Menyelesaikan masalah itu tidak sukar

Ada banyak sebenarnya peluang untuk kita menulis penyelesaian masalah yang memudahkan pembaca. Tips-tips yang menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka akan membolehkan mereka terus buat. Andai tidak berjaya, mereka akan cuba pula cadangan penyelesaian yang lain.

Perhubungan yang terbina ini memang kita tak boleh nak ukur menggunakan teknologi, sebab ianya melihatkan sifat manusia yang semulajadi dari azali. Kita biasanya akan mudah terkesan apabila ada perkara yang memberi impak positif dalam kehidupan seharian.

Inilah yang kita ingin bina, biar mereka ingat siapa kita dalam kehidupan mereka, walaupun mungkin impak itu tidaklah terlalu besar, namun ianya mungkin merubah kehidupan mereka kepada tahap yang lebih baik.

perhubungan online untuk manfaat jangka masa panjang

Perhubungan digital yang tiada batas

Apabila kita berjaya membina perhubungan dengan menyelesaikan masalah mereka, ketika itu, ianya seakan perhubungan yang tiada batas. Tiada batas di sini bukanlah sehingga mengganggu gugat hak peribadi seseorang individu itu.

Cumanya, sampai satu ketika, kita tidak perlu terlalu menjual untuk mendapatkan jualan. Kesedaran yang kita tanam dalam minda bawah sedar mereka akan memberikan impak positif dalam aktiviti jualan yang ingin kita lakukan.

Jualan itu mungkin bukan dibuat sendiri oleh mereka, tetapi mereka boleh menjadi ejen pemasaran untuk kita dengan memberikan recommendation kepada rakan-rakan atau kenalan mereka. Ini adalah perkara yang sangat kuat andai berlaku, kerana ianya pemasaran mulut ke mulut yang biasanya akan menyebabkan jualan berlaku dengan lebih mudah.

Bolehlah mula rancang apakah masalah yang kita ingin selesaikan untuk pembaca kita dan mula aturkan siri terbitan artikel yang sepatutnya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply to Bila minda terlalu penat untuk menulis | Blogger Tua Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge